Wednesday, July 22, 2009

OPENDAY UNIKL 2009 (Animation Club)




Pelajar semester 2 yang terlibat dengan Cosplay Showcase pada hari terbuka Universiti Kuala Lumpur 2009



Penghargaan khas daripada kelab Animasi kepada Ahli jawatankuasa Pewakilan pelajar kerana berjaya menyatukan semua kelab pada hari terbuka Universiti Kuala Lumpur 2009




Saudara bukhari sedang melakar Karikatur




Saudara Artzelong sedang melukis Potret dengan media warna Charcoal.



Saudara Zack memberi penumpuan yang teliti dengan lukisanya




Saudara adha sedang melukis Karikatur (dengar khabo dpt untung hehehe)


Sebahagian daripada Demo Lukisan Potret,Lukisan karikatur, Lukisan Animasi...yg terpilih dan berbakat serta beberapa ahli kelab dari pelajar sem 2 menunjukan bakat kepada penonton mengenai pembelajaran dan pelajaran yang terdapat di Universiti Kuala Lumpur adalah yang berkualiti dan diiktiraf Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan industri di Malaysia.


Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan hari terbuka Universiti Kuala Lumpur (MIIT)City Campus 2009.Walaupun kami diberitahu lewat untuk menjayakan majlis tersebut, kami tetap berjaya melaksana tugas kami dengan baik. Para tetamu yang ramai hadir, kagum dengan hasil kerja ahli-ahli kelab Animasi. Antara aktiviti yang dijalankan Demo Lukisan Potret ,Lukisan karikatur, Lukisan Animasi, dan persembahan Cosplay.

Penghargaaan Khas daripada Kelab Animasi kepada pihak Universiti Kuala Lumpur kerana memberi kepercayaan untuk kami bersama dengan pertubuhan dan kelab-kelab di unikl menjayakan hari terbuka Universiti Kuala Lumpur 2009.

Sebagai kenangan terdapat beberapa gambar suasana pada hari tersebut dan anda boleh lihat diatas...

Laporan Khas daripada,
Mohd Razis(Artzelong)
President Kelab Animasi Universiti Kuala Lumpur

No comments: